Sexy Pink Heart - Move Sexy Pink Heart - Move

Thursday, 3 May 2018

SISTEM SAPAAN DAN PANGGILAN - BM STPM


1.0     PENGENALAN
              Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian ini.

1.1           Latar Belakang

Kesantunan berbahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan untuk mewujudkan komunikasi yang baik di antara penutur dan lawan tutur. Sistem sapaan dan panggilan memainkan peranan dalam komunikasi masyarakat pada hari ini. Menurut Brown dan Levinson, kesantunan berbahasa digunakan oleh penutur untuk menunjukkan kesopanan seseorang dalam pertuturan seharian.

Menurut Awang Sariyan, sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur dan menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi. Sistem sapaan berperanan sebagai penghubung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bentuk sapaan menjadi unsur wacana yang penting dalam  komunikasi masyarakat dan perlu digunakan dengan betul mengikut sistem yang digunakan oleh masyarakat atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya.

Sistem sapaan dan panggilan merupakan kata yang dituturkan oleh masyarakat untuk menegur individu yang dikenali atau yang tidak dikenali dalam kehidupan seharian. Dalam masyarakat hari ini, terdapat sesetengah individu tertentu amat mementingkan kedudukan dan pangkat yang dianugerahkan. Contohnya, individu yang berpangkat Dato’. Seseorang yang ingin bertutur denganya hendaklah menggunakan kata panggilan yang betul iaitu dengan memanggilnya Dato’ tanpa mengira situasi. Namun, terdapat juga individu yang tidak mementingkan kedudukan dan pangkat yang dianugerahkan. Mereka hanya menggunakan gelaran tersebut sewaktu menghadiri majlis rasmi sahaja.

Sistem sapaan dan panggilan dalam masyarakat kita pada hari ini sudah agak berubah disebabkan oleh golongan remaja yang sesuka hati menukar sapaan dan panggilan mereka kepada individu yang ingin disapa. Contohnya, seperti sapaan “hoi” yang dianggab kurang sopan sering digunakan oleh mereka dalam pertuturan seharian. Hal ini menyebabkan sistem panggilan dan sapaan semakin kurang ditututurkan dengan betul dalam komunikasi kita seharian. Oleh itu, setiap individu perlulah sedar akan kepentingan pertuturan seharian agar masyarakat yang aman dan harmoni dapat diwujudkan.






1.2           Definisi Konsep


Menurut Amat Juhari Moain sistem sapaan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, susunan kata yang digunakan pada masa membuat sapaan dan panggilan, iaitu (a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap; dan (b) sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi. Seterusnya yang kedua, sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.

Bahagian yang ketiga ialah, Penggunaan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri merupakan bentuk yang lebih umum dan lebih kerap digunakan, serta kurang kompleks berbanding dengan bentuk sapaan yang lain. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu “kata ganti nama diri pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata ganti nama diri ketiga”.

Jelaslah, bahawa sistem sapaan dan panggilan masa kini bergantung kepada penggunaan kata ganti nama diri individu tersebut sama ada dalam urusan rasmi mahupun tidak rasmi. Sistem ini juga digunakan mengikut pangkat atau gelaran yang dimiliki oleh individu itu sendiri.


2.0       OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :
(a)   Mengenal pasti dan menyenaraikan sistem sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel 6:20
(b)  Menjelaskan fungsi sistem sapaan dan panggilan dalam novel 6:20.


3.0       KEPENTINGAN KAJIAN
      Hasil kajian ini penting untuk :
(a)      memberikan pendedahan kepada pengguna bahasa tentang kesantunan bahasa dalam novel 6:20
(b)      menambah ilmu pengetahuan kepada pengkaji mengenai sistem sapaan dan panggilan.
(c)      sebagai sumber rujukan tambahan kepada pengkaji akan datang yang ingin mengkaji tentang sistem sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel 6:20



4.0       SKOP KAJIAN
            Kajian ini berfokus pada sistem sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel   
           6:20 bab 6 hingga bab 8 karya Siti Jasmina Ibrahim.

5.0       BATASAN KAJIAN
            Novel 6:20 terdapat 19 bab keseluruhannya. Kajian hanya dibuat berdasarkan bab
           6 hingga 8. Di samping itu juga, pengkaji tidak mementingkan kepada aspek    
           kepentingan dan ragam bahasa walaupun kedua-duanya terdapat dalam tajuk
           kesantunan berbahasa

6.0       KAEDAH KAJIAN
            6.1   Mendapatkan data/bahan
6.1.1       Kajian kepustakaan
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan buku yang  berkaitan dengan sistem sapaan dan panggilan. Maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan diteliti dahulu oleh pengkaji sebelum proses menulis dilaksanakan. Pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan juga untuk mempercepat proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.


                     6.1.2       Kajian Teks/buku
Kajian ini dimulakan dengan proses membaca bahan bertulis seperti novel yang berkaitan dengan kajian ini. Setelah membaca keseluruhan novel, pengkaji telah memilih bab 6 hingga bab 8  novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim.
           
                        6.2       Mengumpul data/maklumat
 Kajian ini bermula dengan pengumpulan maklumat seperti membaca dan mencatat maklumat yang diperlukan dalam novel untuk menyiapkan kajian ini. Novel yang digunakan dalam kajian ini ialah novel 6:20 dan buku lain antaranya buku rujukan dari tatabahasa dewan. Seterusnya, laman sesawang turut digunakan untuk memperoleh maklumat dari Google dan Yahoo.
           





            6.3       Menganalisis data
Semua maklumat yang dicari telah dikumpul melalui kaedah kepustakaan seperti yang dibincangkan di atas akan digunakan untuk menulis dua objektif sistem sapaan dan panggilan. Objektif pertama ialah mengenal pasti dan menyenaraikan sistem sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel 6:20. Objektif yang kedua ialah menjelaskan fungsi sistem sapaan dan panggilan dalam novel 6:20. Data dikumpul dan dianalisis serta dipersembahkan contoh-contoh ayat dalam bentuk jadual berdasarkan jenis-jenisnya.













7.0       DAPATAN KAJIAN
            Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian iaitu sistem sapaan dan 
             panggilan yang terdapat dalam bab 6 hingga 8  novel 6:20 karya Siti Jasmina 
             Ibrahim
            7.1       Mengenal pasti dan menyenaraikan sistem sapaan dan panggilan yang
                        terdapat dalam novel 6:20
Berdasarkan kajian ini terdapat 4  sistem sapaan dan panggilan iaitu sistem sapaan dan panggilan berbentuk formal, biasa, kekeluargaan dan  kurniaan ikhtisas.

                        7.1.1    Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Formal
            Sistem sapaan dan panggilan berbentuk formal bermaksud panggilan yang 
            digunakan dalam situasi formal. pergaulan yang menunjukkan
             batasan sosial tertentu sama ada kerana pangkat atau kedudukan
            seseorang sama ada hubungan yang tidak begitu kenal antara satu
           sama lain. Antara panggilan formal yang terdapat dalam novel 6:20 bab 6
           hingga 8 ialah :

BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN
1.
Selamat pagi Cik Sukma
74
2.
Ops, maaf assalamualaikum
74
3.
Teruskan Cik Sukma
77
Jadual 1 : Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Formal
            Berdasarkan jadual 1 menunjukkan contoh ayat sapaan dan panggilan tidak 
            bersahaja (formal) yang terdapat dalam novel 6:20. Berdasarkan jadual di atas,
            ayat  “selamat pagi Cik Sukma” dan “Ops, maaf assalamualaikum” dituturkan
            oleh Rafiq iaitu rakan Sukma. Dialog ini dituturkan semasa mereka berada di  
            bilik kuliah untuk menduduki ujian.  

7.1.2    Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Pergaulan Biasa

Gelaran pergaulan biasa selalunya digunakan oleh orang yang sebaya, orang yang lebih muda, orang yang lebih tua tetapi tidak setua ibu atau bapa sendiri. Contohnya seperti rakan, kakak dan abang. Gelaran ini digunakan untuk berkomunisasi setiap hari dengan rakan ataupun ahli keluarga. Antara contoh gelaran pergaulan biasa yang terdapat dalam novel 6:20 bab 6 hingga 8 ialah :


BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN
1.      
Kumpulan waris cinta nama kami
57
2.      
Tentu laris kafe ini jika mereka sering ada di sini
57
3.      
Mereka jarang ada di sini, maklumlah masih belajar lagi
57
4.      
Sukma, apa pendapat kamu tentang kumpulan seni seperti kami ?
58
5.      
Kami ini kiranya memang sejak lahir lagi sudah 1 Malaysia !
59
6.      
Memang hidup ini penuh cabaran Reny, tapi kita perlu kuat
60
7.      
Apa kamu cakap ni, Rafiq ?
80
8.      
Macam mana ni, Sukma, Rafiq ? nak masuk sama ?
86
9.      
Saya ada di sana semalam.
80
Jadual 2 : sistem sapaan dan panggilan berbentuk Pergaulan Biasa
Berdasarkan jadual 2 menunjukkan contoh sapaan dan panggilan berbentuk pergaulan biasa yang terdapat dalam novel 6:20. Antara contoh ayat sapaan dan pangilan yang digunakan untuk pergaulan biasa ialah (1). Ayat tersebut dituturkan oleh Erman kepada Sukma iaitu ketua kumpulan waris cinta merangkap rakan Sukma. Seterusnya ayat (2) juga dituturkan oleh Erman bertujuan untuk mengusik Teja. Contoh sapaan dan panggilan biasa yang lain ialah (4) . Ayat tersebut dituturkan oleh Reny iaitu salah seorang penari kumpulan waris cinta. 
7.1.3    Sistem Sapaan dan Panggilan Berdasarkan Kekeluargaan
Panggilan keagamaan kebiasaanya ditujukan kepada individu yang lebih tua ataupun individu yang mempunyai pertalian darah. Contohnya, ayah, ibu, makcik, pakcik dan lain – lain.  Dalam novel 6:20 bab 6 hingga bab 8 karya Siti Jasmina Ibrahim terdapat beberapa panggilan kekeluargaan seperti :
BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN
1.
Sukma mahu ayah fikirkan apa ?
53
2.
Nak kemana ibu ?
54
3.
Anak kita ni sakit bang
55
4.
Sejak bila pula ibu pandai menikmati muzik Bollywood ni ?
54
5.
Apa ibu cakap ni ?
68
6.
Sukma, kenapa suka buat ibu susah hati ?
68
Jadual 3 : Sistem sapaan dan panggilan berdasarkan kekeluargaan

Jadual 3 pula menunjukkan sistem sapaan dan panggilan berbentuk kekeluargaan. Antaranya ialah contoh (1) ayat tersebut dituturkan oleh ayah Sukma untuk bertanya kepada Sukma. Bagi contoh (2) pula ayat tersebut pula dituturkan oleh Sukma kepada ibunya. Selain itu ayat (3) pula dituturkan oleh ibu Sukma kepada suaminya berkaitan anak mereka iaitu Sukma.
           

7.1.4    Panggilan Kurniaan Ikhtisas
Panggilan ini diberi kepada individu yang berjaya dalam bidang akademik. Hanya individu yang mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya di peringgkat Ijazah akan memperoleh panggilan tersebut. Oleh itu, antara panggilan kurniaan ikhtisas yang diperoleh dalam novel 6:20 ialah :

BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN
1.
Ingat tak Profesor Darul ada sebut nama Jacobin Club ?
79
Jadual 4 : Panggilan Kurniaan Ikhtisas

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan panggilan kurniaan Ikhtisas. Contoh ayat panggilan kurniaan ikhtisas ialah “ ingat tak Profesor Darul ada sebut nama Jacobin Club ?” ayat tersebut dituturkan oleh Alvin kepada Sukma berkaitan prof mereka.





7.2       Menjelaskan Fungsi Sistem Sapaan dan Panggilan Yang Terdapat dalam
             novel 6:20

                        7.2.1    Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Formal
BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN
1.
Selamat pagi Cik Sukma
74
2.
Ops, maaf assalamualaikum
74
3.
Teruskan Cik Sukma
77
                        Jadual 5 :  Fungsi Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Formal

Berdasarkan jadual di atas contoh ayat (2) menunjukkan penggunaan kata sapaan antara Rafiq dan Sukma. Memandangkan topik perbualan tersebut berkaitan dengan sapaan sebagai seorang rakan yang menegur rakannya sewaktu pagi semasa mereka bertemu di dewan kuliah di tempat mereka belajar. Kata sapaan Assalamualaikum digunakan bagi tujuan menyapa seseorang sebelum memulakan perbualan. Dalam konteks Islam, kata sapaan Assalamualaikum juga bertujuan menunjukkan memberi penghormatan kepada seseorang.

Seterusnya, berdasarkan contoh ayat (3) dalam sistem sapaan berbentuk formal ialah teruskan cik Sukma. Ayat tersebut dituturkan oleh rakan Sukma, iaitu Rafiq untuk memberikan ruang kepada Sukma supaya meneruskan percakapannya mengenai Teroris dan Terorisme yang dibincangkan di dewan kuliah. Penggunaan kata panggilan dan sapaan cik bertujuan menunjukkan untuk menunjukkan tanda hormat. Dalam dialog lain Rafiq membahasakan rakannya dengan kata panggilan cik untuk mewujudkan hubungan yang mesra.

            7.2.2    Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Pergaulan Biasa
BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN

Kumpulan waris cinta nama kami

57
2
Tentu laris kafe ini jika mereka sering ada di sini
57
3
Mereka jarang ada di sini, maklumlah masih belajar lagi
57
4
Sukma, apa pendapat kamu tentang kumpulan seni seperti kami ?
58
5
Kami ini kiranya memang sejak lahir lagi sudah 1 Malaysia !
59
6
Memang hidup ini penuh cabaran Reny, tapi kita perlu kuat
60
7
Apa kamu cakap ni, Rafiq ?
80
8
Macam mana ni, Sukma, Rafiq ? nak masuk sama ?
86
9
Saya ada di sana semalam.
80
                         Jadual 6 : Fungsi Sistem sapaan dan panggilan berbentuk Pergaulan Biasa
Berdasarkan contoh ayat (1) dalam penggunaan kata panggilan dan sapaan kami untuk menunjukkan kumpulan waris cinta merupakan nama bagi sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang datang untuk mengadakan persembahan tarian tradisi yang diketuai oleh Erman, iaitu rakan Sukma. Penggunaan kami juga bagi menunjukkan bilangan yang ramai dalam sesebuah percakapan. Kata kami digunakan apabila pembicara atau penulis mengujarkan sesuatu atas nama dirinya sendiri dan juga pihak lain. Situasinya berbagai-bagai. Penutur mungkin bersama-sama dengan seorang atau bersama-sama dengan lebih daripada seorang rakannya. Penutur mungkin juga menjadi jurucakap kepada sesuatu kumpulan.

Seterusnya, contoh ayat 7 ialah kata ganti kamu merupakan kata ganti diri yang lebih hormat yang digunakan oleh orang yang mempunyai status atau kedudukan yang lebih tinggi kepada mereka yang lebih rendah kedudukannya seperti majikan kepada pekerja dan  guru kepada murid. Ini bermakna, kata ganti diri kamu menunjukkan tanda hormat oleh penutur, kata ganti diri kamu juga sesuai digunakan dalam interaksi dengan rakan sebaya kerana kata ganti diri kamu hanya digunakan oleh orang yang lebih tinggi statusnya. Dialog di atas juga menunjukkan pertuturan antara Rafiq dan rakannya Jerry.

Berdasarkan contoh ayat 9 ialah penggunaan kata saya masih lagi sesuai untuk menunjukkan kesantunan bahasa yang dimiliki oleh seseorang penutur. Penggunaan kata saya sebenarnya akan menimbulkan kesantunan dari segi berbahasa. Kesantunan berbahasa melalui kata panggilan yang betul akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Penggunaan kata saya dituturkan oleh Jerry kepada rakan – rakannya bertujuan untuk menceritakan perkara berkaitan dengan pelajaran mereka di dewan kuliah.

7.2.3    Sistem Sapaan dan Panggilan Berdasarkan Kekeluargaan
BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN
1.
Sukma mahu ayah fikirkan apa ?
53
2.
Nak kemana ibu ?
54
3.
Anak kita ni sakit bang
55
4.
Sejak bila pula ibu pandai menikmati muzik Bollywood ni ?
54
5.
Apa ibu cakap ni ?
68
6.
Sukma, kenapa suka buat ibu susah hati ?
68
                        Jadual 7 : Fungsi Sistem sapaan dan panggilan berdasarkan kekeluargaan
Berdasarkan contoh ayat 1 di atas, Sukma menggunakan kata sapaan dan panggilan ayah untuk memanggil ayahnya.  Kata sapaan dan panggilan ayah juga dapat dilihat melalui ujaran yang dituturkan oleh seseorang anak dengan orang tuanya. Penggunaan kata sapaan dan panggilan ayah digunakan oleh Sukma untuk memanggil orang yang lebih tua daripadanya.

Contoh ayat 3 dalam jadual di atas menunjukkan penggunaan kata kata ganti nama diri  kedua iaitu abang yang dituturkan oleh ibu Sukma iaitu Puan Delia kepada suaminya mengenai anak mereka. Dalam dialog lain Puan Delia membahasakan suaminya dengan kata panggilan abang untuk menunjukkan lebih kemesraan dan tidak melibatkan urusan formal. Dalam budaya masyarakat Melayu terdapat penggunaan kata abang yang digunakan oleh seseorang isteri untuk merujuk kepada suami. Penggunaan kata ganti nama diri ini dikatakan bertujuan untuk menunjukkan tanda hormat dan untuk menunjukkan hubungan yang mesra dalam keluarga.






7.2.4       Panggilan Kurniaan Ikhtisas
BIL
CONTOH AYAT
HALAMAN
1.
Ingat tak Profesor Darul ada sebut nama Jacobin Club ?
79
Jadual 8 :  Fungsi Panggilan Kurniaan Ikhtisas

Berdasarkan contoh ayat panggilan kurniaan ikhtisas, gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional. Contoh ayat yang terdapat dalam novel 6.20 adalah  “Ingat tak Profesor Darul ada sebut nama Jacobin Club ?” . Ayat tersebut dituturkan oleh Alwin ketika sesi perbincangan mengenai pembelajaran mereka.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan, pengkaji dapat menjawab segala persoalan yang terdapat pada objektif kajian , menyenaraikan jenis sistem sapaan dan panggilan dan menjelaskan fungsi sistem sapaan dan panggilan yang terkandung dalam bab 6 hingga 8 novel 6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim. Pengkaji juga telah menyenaraikan contoh ayat sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel tersebut. Melalui kajian ini, sistem sapaan dan panggilan berbentuk pergaulan biasa adalah yang paling banyak digunakan. Manakala panggilan kurniaan ikhtisas adalah yang paling kurang digunakan dalam bab 6 hingga 8 novel 6.20. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan watak dalam novel tersebut berasal daripada golongan bawahan.




9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sistem sapaan dan panggilan merupakan aspek yang penting dalam komunikasi seharian sama ada secara formal atau tidak formal. Sapaan dan panggilan dalam pertuturan amat penting bagi menjaga hati dan perasaan pendengar. Pelbagai jenis sapaan dan panggilan yang digunakan dalam konteks yang berbeza mengikut kesesuaian masa dan tempat. Oleh itu, aspek kesantunan berbahasa dalam sistem sapaan dan panggilan perlulah diberikan penekanan agar semua lapisan masyarakat menggunakan pertuturan yang betul dalam komunikasi seharian dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam kehidupan.