1.0
PENGENALAN
Bahagian ini menghuraikan latar
belakang dan definisi konsep kajian ini.
1.1
Latar Belakang
Kesantunan
berbahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan untuk mewujudkan komunikasi
yang baik di antara penutur dan lawan tutur. Sistem sapaan dan panggilan
memainkan peranan dalam komunikasi masyarakat pada hari ini. Menurut Brown dan
Levinson, kesantunan berbahasa digunakan oleh penutur untuk menunjukkan
kesopanan seseorang dalam pertuturan seharian.
Menurut
Awang Sariyan, sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu
masyarakat atau bangsa untuk menegur dan menyapa seseorang, baik dalam konteks
rasmi mahupun tidak rasmi. Sistem sapaan berperanan sebagai penghubung antara
pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bentuk sapaan menjadi unsur wacana
yang penting dalam komunikasi masyarakat
dan perlu digunakan dengan betul mengikut sistem yang digunakan oleh masyarakat
atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya.
Sistem
sapaan dan panggilan merupakan kata yang dituturkan oleh masyarakat untuk
menegur individu yang dikenali atau yang tidak dikenali dalam kehidupan
seharian. Dalam masyarakat hari ini, terdapat sesetengah individu tertentu amat
mementingkan kedudukan dan pangkat yang dianugerahkan. Contohnya, individu yang
berpangkat Dato’. Seseorang yang ingin bertutur denganya hendaklah menggunakan
kata panggilan yang betul iaitu dengan memanggilnya Dato’ tanpa mengira
situasi. Namun, terdapat juga individu yang tidak mementingkan kedudukan dan
pangkat yang dianugerahkan. Mereka hanya menggunakan gelaran tersebut sewaktu
menghadiri majlis rasmi sahaja.
Sistem
sapaan dan panggilan dalam masyarakat kita pada hari ini sudah agak berubah
disebabkan oleh golongan remaja yang sesuka hati menukar sapaan dan panggilan mereka
kepada individu yang ingin disapa. Contohnya, seperti sapaan “hoi” yang
dianggab kurang sopan sering digunakan oleh mereka dalam pertuturan seharian.
Hal ini menyebabkan sistem panggilan dan sapaan semakin kurang ditututurkan
dengan betul dalam komunikasi kita seharian. Oleh itu, setiap individu perlulah
sedar akan kepentingan pertuturan seharian agar masyarakat yang aman dan
harmoni dapat diwujudkan.
1.2
Definisi Konsep
Menurut
Amat Juhari Moain sistem sapaan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga
bahagian. Pertama, susunan kata yang digunakan pada masa membuat sapaan dan
panggilan, iaitu (a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran
atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap; dan (b) sapaan
ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama
peribadi. Seterusnya yang kedua, sebutan senarai orang yang disapa daripada
peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.
Bahagian
yang ketiga ialah, Penggunaan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri
merupakan bentuk yang lebih umum dan lebih kerap digunakan, serta kurang
kompleks berbanding dengan bentuk sapaan yang lain. Kata ganti nama diri dalam
bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu “kata ganti nama diri pertama”,
“kata ganti nama diri kedua” dan “kata ganti nama diri ketiga”.
Jelaslah,
bahawa sistem sapaan dan panggilan masa kini bergantung kepada penggunaan kata
ganti nama diri individu tersebut sama ada dalam urusan rasmi mahupun tidak
rasmi. Sistem ini juga digunakan mengikut pangkat atau gelaran yang dimiliki
oleh individu itu sendiri.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif
kajian ini adalah untuk :
(a)
Mengenal pasti dan menyenaraikan sistem
sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel 6:20
(b) Menjelaskan
fungsi sistem sapaan dan panggilan dalam novel 6:20.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini penting untuk :
(a)
memberikan pendedahan kepada pengguna
bahasa tentang kesantunan bahasa dalam novel 6:20
(b)
menambah ilmu pengetahuan kepada pengkaji
mengenai sistem sapaan dan panggilan.
(c)
sebagai sumber rujukan tambahan kepada
pengkaji akan datang yang ingin mengkaji tentang sistem sapaan dan panggilan
yang terdapat dalam novel 6:20
4.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini berfokus pada sistem
sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel
6:20 bab 6 hingga bab 8 karya Siti Jasmina Ibrahim.
6:20 bab 6 hingga bab 8 karya Siti Jasmina Ibrahim.
5.0 BATASAN KAJIAN
Novel 6:20 terdapat 19 bab
keseluruhannya. Kajian hanya dibuat berdasarkan bab
6 hingga 8. Di samping itu juga, pengkaji tidak mementingkan kepada aspek
kepentingan dan ragam bahasa walaupun kedua-duanya terdapat dalam tajuk
kesantunan berbahasa
6 hingga 8. Di samping itu juga, pengkaji tidak mementingkan kepada aspek
kepentingan dan ragam bahasa walaupun kedua-duanya terdapat dalam tajuk
kesantunan berbahasa
6.0 KAEDAH KAJIAN
6.1
Mendapatkan data/bahan
6.1.1 Kajian
kepustakaan
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan
bahan-bahan rujukan dan buku yang
berkaitan dengan sistem sapaan dan panggilan. Maklumat yang diperoleh
daripada hasil bacaan diteliti dahulu oleh pengkaji sebelum proses menulis
dilaksanakan. Pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan juga untuk
mempercepat proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.
6.1.2 Kajian Teks/buku
Kajian ini dimulakan dengan proses membaca
bahan bertulis seperti novel yang berkaitan dengan kajian ini. Setelah membaca keseluruhan
novel, pengkaji telah memilih bab 6 hingga bab 8 novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim.
6.2 Mengumpul data/maklumat
Kajian ini bermula dengan pengumpulan maklumat
seperti membaca dan mencatat maklumat yang diperlukan dalam novel untuk
menyiapkan kajian ini. Novel yang digunakan dalam kajian ini ialah novel 6:20
dan buku lain antaranya buku rujukan dari tatabahasa dewan. Seterusnya, laman
sesawang turut digunakan untuk memperoleh maklumat dari Google dan Yahoo.
6.3 Menganalisis
data
Semua maklumat yang dicari telah dikumpul
melalui kaedah kepustakaan seperti yang dibincangkan di atas akan digunakan
untuk menulis dua objektif sistem sapaan dan panggilan. Objektif pertama ialah
mengenal pasti dan menyenaraikan sistem sapaan dan panggilan yang terdapat
dalam novel 6:20. Objektif yang kedua ialah menjelaskan fungsi sistem sapaan
dan panggilan dalam novel 6:20. Data dikumpul dan dianalisis serta
dipersembahkan contoh-contoh ayat dalam bentuk jadual berdasarkan jenis-jenisnya.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan
kajian iaitu sistem sapaan dan
panggilan yang terdapat dalam bab 6 hingga 8 novel 6:20 karya Siti Jasmina
Ibrahim
panggilan yang terdapat dalam bab 6 hingga 8 novel 6:20 karya Siti Jasmina
Ibrahim
7.1 Mengenal
pasti dan menyenaraikan sistem sapaan dan panggilan yang
terdapat dalam novel 6:20
terdapat dalam novel 6:20
Berdasarkan kajian ini terdapat 4 sistem sapaan dan panggilan iaitu sistem
sapaan dan panggilan berbentuk formal, biasa, kekeluargaan dan kurniaan ikhtisas.
7.1.1 Sistem
Sapaan dan Panggilan Berbentuk Formal
Sistem sapaan dan panggilan berbentuk formal
bermaksud panggilan yang
digunakan dalam situasi formal. pergaulan yang menunjukkan
batasan sosial tertentu sama ada kerana pangkat atau kedudukan
seseorang sama ada hubungan yang tidak begitu kenal antara satu
sama lain. Antara panggilan formal yang terdapat dalam novel 6:20 bab 6
hingga 8 ialah :
digunakan dalam situasi formal. pergaulan yang menunjukkan
batasan sosial tertentu sama ada kerana pangkat atau kedudukan
seseorang sama ada hubungan yang tidak begitu kenal antara satu
sama lain. Antara panggilan formal yang terdapat dalam novel 6:20 bab 6
hingga 8 ialah :
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
1.
|
Selamat pagi Cik Sukma
|
74
|
2.
|
Ops, maaf
assalamualaikum
|
74
|
3.
|
Teruskan Cik Sukma
|
77
|
Jadual
1 : Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Formal
Berdasarkan jadual 1 menunjukkan
contoh ayat sapaan dan panggilan tidak
bersahaja (formal) yang terdapat dalam novel 6:20. Berdasarkan jadual di atas,
ayat “selamat pagi Cik Sukma” dan “Ops, maaf assalamualaikum” dituturkan
oleh Rafiq iaitu rakan Sukma. Dialog ini dituturkan semasa mereka berada di
bilik kuliah untuk menduduki ujian.
bersahaja (formal) yang terdapat dalam novel 6:20. Berdasarkan jadual di atas,
ayat “selamat pagi Cik Sukma” dan “Ops, maaf assalamualaikum” dituturkan
oleh Rafiq iaitu rakan Sukma. Dialog ini dituturkan semasa mereka berada di
bilik kuliah untuk menduduki ujian.
7.1.2 Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk
Pergaulan Biasa
Gelaran pergaulan biasa selalunya digunakan oleh
orang yang sebaya, orang yang lebih muda, orang yang lebih tua tetapi tidak
setua ibu atau bapa sendiri. Contohnya seperti rakan, kakak dan abang. Gelaran
ini digunakan untuk berkomunisasi setiap hari dengan rakan ataupun ahli
keluarga. Antara contoh gelaran pergaulan biasa yang terdapat dalam novel 6:20
bab 6 hingga 8 ialah :
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
1.
|
Kumpulan waris cinta
nama kami
|
57
|
2.
|
Tentu laris kafe ini
jika mereka sering ada di sini
|
57
|
3.
|
Mereka
jarang ada di sini, maklumlah masih belajar lagi
|
57
|
4.
|
Sukma,
apa pendapat kamu tentang kumpulan seni seperti kami ?
|
58
|
5.
|
Kami
ini kiranya memang sejak lahir lagi sudah 1 Malaysia !
|
59
|
6.
|
Memang hidup ini penuh
cabaran Reny, tapi kita perlu kuat
|
60
|
7.
|
Apa kamu cakap ni, Rafiq ?
|
80
|
8.
|
Macam mana ni, Sukma, Rafiq ? nak masuk sama ?
|
86
|
9.
|
Saya ada di sana
semalam.
|
80
|
Jadual 2 : sistem sapaan dan
panggilan berbentuk Pergaulan Biasa
Berdasarkan jadual 2 menunjukkan contoh sapaan dan
panggilan berbentuk pergaulan biasa yang terdapat dalam novel 6:20. Antara
contoh ayat sapaan dan pangilan yang digunakan untuk pergaulan biasa ialah
(1). Ayat tersebut dituturkan oleh Erman kepada Sukma iaitu ketua kumpulan
waris cinta merangkap rakan Sukma. Seterusnya ayat (2) juga dituturkan oleh
Erman bertujuan untuk mengusik Teja. Contoh sapaan dan panggilan biasa yang
lain ialah (4) . Ayat tersebut dituturkan oleh Reny iaitu salah seorang penari
kumpulan waris cinta.
7.1.3 Sistem Sapaan dan Panggilan Berdasarkan Kekeluargaan
Panggilan keagamaan kebiasaanya ditujukan kepada
individu yang lebih tua ataupun individu yang mempunyai pertalian darah.
Contohnya, ayah, ibu, makcik, pakcik dan lain – lain. Dalam novel 6:20 bab 6 hingga bab 8 karya Siti
Jasmina Ibrahim terdapat beberapa panggilan kekeluargaan seperti :
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
1.
|
Sukma mahu ayah fikirkan apa ?
|
53
|
2.
|
Nak kemana ibu ?
|
54
|
3.
|
Anak kita ni sakit bang
|
55
|
4.
|
Sejak bila pula ibu
pandai menikmati muzik Bollywood ni ?
|
54
|
5.
|
Apa ibu cakap ni ?
|
68
|
6.
|
Sukma, kenapa suka buat
ibu susah hati ?
|
68
|
Jadual 3 : Sistem sapaan dan
panggilan berdasarkan kekeluargaan
Jadual 3 pula menunjukkan sistem sapaan dan
panggilan berbentuk kekeluargaan. Antaranya ialah contoh (1)
ayat tersebut dituturkan oleh ayah Sukma untuk bertanya kepada Sukma. Bagi
contoh (2) pula ayat tersebut pula dituturkan oleh Sukma kepada ibunya. Selain
itu ayat (3) pula dituturkan oleh ibu Sukma kepada suaminya berkaitan anak
mereka iaitu Sukma.
7.1.4 Panggilan
Kurniaan Ikhtisas
Panggilan ini diberi kepada individu yang berjaya
dalam bidang akademik. Hanya individu yang mempunyai pendidikan
sekurang-kurangnya di peringgkat Ijazah akan memperoleh panggilan tersebut.
Oleh itu, antara panggilan kurniaan ikhtisas yang diperoleh dalam novel 6:20
ialah :
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
1.
|
Ingat tak Profesor Darul ada sebut nama Jacobin
Club ?
|
79
|
Jadual 4 : Panggilan
Kurniaan Ikhtisas
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan panggilan
kurniaan Ikhtisas. Contoh ayat panggilan kurniaan ikhtisas ialah “ ingat
tak Profesor Darul ada sebut nama
Jacobin Club ?” ayat tersebut dituturkan oleh Alvin kepada Sukma berkaitan prof
mereka.
7.2 Menjelaskan Fungsi Sistem Sapaan dan
Panggilan Yang Terdapat dalam
novel 6:20
novel 6:20
7.2.1 Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk Formal
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
1.
|
Selamat pagi Cik Sukma
|
74
|
2.
|
Ops, maaf assalamualaikum
|
74
|
3.
|
Teruskan Cik Sukma
|
77
|
Jadual 5 : Fungsi Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk
Formal
Berdasarkan
jadual di atas contoh ayat (2) menunjukkan penggunaan kata sapaan antara Rafiq
dan Sukma. Memandangkan topik perbualan tersebut berkaitan dengan sapaan
sebagai seorang rakan yang menegur rakannya sewaktu pagi semasa mereka bertemu
di dewan kuliah di tempat mereka belajar. Kata sapaan Assalamualaikum digunakan bagi tujuan menyapa seseorang sebelum
memulakan perbualan. Dalam konteks Islam, kata sapaan Assalamualaikum juga bertujuan menunjukkan memberi penghormatan
kepada seseorang.
Seterusnya,
berdasarkan contoh ayat (3) dalam sistem sapaan berbentuk formal ialah teruskan cik Sukma. Ayat tersebut dituturkan oleh rakan Sukma, iaitu Rafiq untuk
memberikan ruang kepada Sukma supaya meneruskan percakapannya mengenai Teroris
dan Terorisme yang dibincangkan di dewan kuliah. Penggunaan kata panggilan dan
sapaan cik bertujuan menunjukkan untuk
menunjukkan tanda hormat. Dalam dialog lain Rafiq membahasakan
rakannya dengan kata panggilan cik
untuk mewujudkan hubungan yang mesra.
7.2.2 Sistem Sapaan dan Panggilan Berbentuk
Pergaulan Biasa
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
Kumpulan waris cinta nama kami
|
57
|
|
2
|
Tentu laris kafe ini jika mereka sering ada di sini
|
57
|
3
|
Mereka
jarang ada di sini, maklumlah masih belajar lagi
|
57
|
4
|
Sukma,
apa pendapat kamu tentang kumpulan seni seperti kami ?
|
58
|
5
|
Kami
ini kiranya memang sejak lahir lagi sudah 1 Malaysia !
|
59
|
6
|
Memang hidup ini penuh cabaran Reny, tapi kita perlu kuat
|
60
|
7
|
Apa
kamu cakap ni, Rafiq ?
|
80
|
8
|
Macam mana ni, Sukma, Rafiq ? nak
masuk sama ?
|
86
|
9
|
Saya ada di sana semalam.
|
80
|
Jadual 6 : Fungsi Sistem sapaan dan panggilan
berbentuk Pergaulan Biasa
Berdasarkan
contoh ayat (1) dalam penggunaan kata panggilan dan sapaan kami untuk menunjukkan kumpulan waris cinta merupakan nama bagi
sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang datang untuk mengadakan
persembahan tarian tradisi yang diketuai oleh Erman, iaitu rakan Sukma.
Penggunaan kami juga bagi menunjukkan
bilangan yang ramai dalam sesebuah percakapan. Kata kami digunakan apabila
pembicara atau penulis mengujarkan sesuatu atas nama dirinya sendiri dan juga
pihak lain. Situasinya berbagai-bagai. Penutur mungkin
bersama-sama dengan seorang atau bersama-sama dengan lebih daripada seorang
rakannya. Penutur mungkin juga menjadi jurucakap kepada sesuatu kumpulan.
Seterusnya,
contoh ayat 7 ialah kata ganti kamu
merupakan kata ganti diri yang lebih hormat yang digunakan oleh orang yang
mempunyai status atau kedudukan yang lebih tinggi kepada mereka yang lebih
rendah kedudukannya seperti majikan kepada pekerja dan guru kepada murid. Ini bermakna, kata ganti
diri kamu menunjukkan tanda hormat
oleh penutur, kata ganti diri kamu
juga sesuai digunakan dalam interaksi dengan rakan sebaya kerana kata ganti
diri kamu hanya digunakan oleh orang
yang lebih tinggi statusnya. Dialog di atas juga menunjukkan pertuturan antara
Rafiq dan rakannya Jerry.
Berdasarkan
contoh ayat 9 ialah penggunaan kata saya
masih lagi sesuai untuk menunjukkan kesantunan bahasa yang dimiliki oleh
seseorang penutur. Penggunaan kata saya sebenarnya akan menimbulkan kesantunan dari segi berbahasa.
Kesantunan berbahasa melalui kata panggilan yang betul akan mewujudkan suasana
yang harmoni dalam masyarakat. Penggunaan kata saya dituturkan oleh Jerry kepada rakan – rakannya bertujuan untuk
menceritakan perkara berkaitan dengan pelajaran mereka di dewan kuliah.
7.2.3 Sistem
Sapaan dan Panggilan Berdasarkan Kekeluargaan
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
1.
|
Sukma mahu ayah fikirkan apa ?
|
53
|
2.
|
Nak kemana ibu ?
|
54
|
3.
|
Anak kita ni sakit bang
|
55
|
4.
|
Sejak bila pula ibu
pandai menikmati muzik Bollywood ni ?
|
54
|
5.
|
Apa ibu cakap ni ?
|
68
|
6.
|
Sukma, kenapa suka buat
ibu susah hati ?
|
68
|
Jadual
7 : Fungsi Sistem sapaan dan panggilan berdasarkan kekeluargaan
Berdasarkan
contoh ayat 1 di atas, Sukma menggunakan kata sapaan dan panggilan ayah untuk memanggil ayahnya. Kata sapaan dan panggilan ayah juga dapat dilihat melalui ujaran
yang dituturkan oleh seseorang anak dengan orang tuanya. Penggunaan kata sapaan
dan panggilan ayah digunakan oleh
Sukma untuk memanggil orang yang lebih tua daripadanya.
Contoh
ayat 3 dalam jadual di atas menunjukkan penggunaan kata kata ganti nama diri kedua iaitu abang yang dituturkan oleh ibu Sukma iaitu Puan Delia kepada
suaminya mengenai anak mereka. Dalam dialog lain Puan Delia membahasakan
suaminya dengan kata panggilan abang
untuk menunjukkan lebih kemesraan dan tidak melibatkan urusan formal. Dalam
budaya masyarakat Melayu terdapat penggunaan kata abang yang digunakan oleh seseorang isteri untuk merujuk kepada
suami. Penggunaan kata ganti nama diri ini dikatakan bertujuan untuk
menunjukkan tanda hormat dan untuk menunjukkan hubungan yang mesra dalam
keluarga.
7.2.4 Panggilan Kurniaan
Ikhtisas
BIL
|
CONTOH AYAT
|
HALAMAN
|
1.
|
Ingat tak Profesor Darul ada sebut nama Jacobin Club ?
|
79
|
Jadual
8 : Fungsi Panggilan Kurniaan Ikhtisas
Berdasarkan
contoh ayat panggilan kurniaan ikhtisas, gelaran kurniaan ini diperoleh kerana
kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai
gelaran profesional. Contoh ayat yang terdapat dalam novel 6.20 adalah “Ingat tak Profesor Darul ada sebut nama Jacobin Club ?” . Ayat tersebut
dituturkan oleh Alwin ketika sesi perbincangan mengenai pembelajaran mereka.
8.0
RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan
dapatan, pengkaji dapat menjawab segala persoalan yang terdapat pada objektif
kajian , menyenaraikan jenis sistem sapaan dan panggilan dan menjelaskan fungsi
sistem sapaan dan panggilan yang terkandung dalam bab 6 hingga 8 novel 6.20
karya Siti Jasmina Ibrahim. Pengkaji juga telah menyenaraikan contoh ayat
sapaan dan panggilan yang terdapat dalam novel tersebut. Melalui kajian ini,
sistem sapaan dan panggilan berbentuk pergaulan biasa adalah yang paling banyak
digunakan. Manakala panggilan kurniaan ikhtisas adalah yang paling kurang
digunakan dalam bab 6 hingga 8 novel 6.20. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan
watak dalam novel tersebut berasal daripada golongan bawahan.
9.0
PENUTUP
Kesimpulannya,
sistem sapaan dan panggilan merupakan aspek yang penting dalam komunikasi
seharian sama ada secara formal atau tidak formal. Sapaan dan panggilan dalam
pertuturan amat penting bagi menjaga hati dan perasaan pendengar. Pelbagai
jenis sapaan dan panggilan yang digunakan dalam konteks yang berbeza mengikut
kesesuaian masa dan tempat. Oleh itu, aspek kesantunan berbahasa dalam sistem
sapaan dan panggilan perlulah diberikan penekanan agar semua lapisan masyarakat
menggunakan pertuturan yang betul dalam komunikasi seharian dan dapat
mewujudkan suasana yang harmoni dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment